Jun 4, 2012

Percutian pertama tahun 2012

assalamualaikum , selamat sejahtera viewers...

berbulan wat x endah ngan blog sendiri. org yang banyak idea, banyak masa, 24/7 leh access internet bleh la post entry setiap hari. tapi aku.. 6 bulan sekali kot. hehe. hari ni bru ada idea, sedikit rajin untuk berkongsi sesuatu dgn semua. lokek sungguh aku ni.. herm.. btw.. mgkin ini adalah entry yang panjang. so jgnlah jemu, muak, meluat untuk terus membaca.. anggaplah ni warkah dri kawan korg yang dah lama xdgr kbr berita. teehheeeee ^________________^

Bab 1 - Hidupku

last entry aku ckp sal kehidupan aku yg menggantikan tempat ibu wat sementara waktu kan... leh baca sini. skrg dah x jadi suri rumah dah.. nanti dah ada rumah sendiri aku jdi surirumah lek la. hehe.. berkenaan kes adik. lum settle. still bertangguh. lum start bicara.. xtaw smpi bila. kami serah pada polis, pada Allah. jangan polis pun lepas tgn sudah.. yang bersalah masih terlepas. n bebas msj kat adik aku mcm2 yang dah cukup wat dia trauma tahap cipan. owh ya! Alhamdulillah adik aku makin sihat. just jahitan d usus masih terasa. dia dah xstudy g.. dan sekali lagi aku panjat kesyukuran pada Ilahi, azlin dah ada kerja tetap. account clerk, sesuai untuk dia. dekat ngan family.  aku plak.. herm.. aku di sini.. hihi.. pas beberapa bulan tanam anggur, aku masih xdpt keja yang sesuai. tpi aku redha. aku keja ngan kawan aku, tolong jaga butik dia. butik yang menjual pakaian ala2 korea. handbag n makeup. start keja ni, mendidik aku jdi seorg yang sabar.. sabar tgk baju2 yang biasa aku tgk dlm butik online.. kdg2 gatal hati, gatal tgn aku try la baju2 dalam butik. keja 10 jam.. sgt lama.. tggu customer, layan customer, tawar menawar.. herm.. mmg macam ni kan bekerja. so sabarlah.. ibu sentiasa ingatkan.. kerja 2 amanah... jgn curi tulang.. :) insyaAllah, ni minggu last aku keja di butik ni.. memandangkan aku dah dpt keja yg kena ngan bidang aku. syukur Alhamdulillah.. keja apa? t lah aku share.. aku lom start g bab kedai ni xda org jaga, owner balik kampung kat indonesia.. ahad ni baru lek.. aku mang ngah cri pengganti. butik ni aku handle sorg. bukak tutup kedai, kewangan kedai aku jaga.. dah mcm kedai sendiri. tinggal tukar nama owner je kan. harap posisi aku x diambil org.. dilema.. nak jaga hati sendiri lu atau jaga hati org lu????

****setengah jam kemudian****

layan customer tdi.. nasiblah dia try byk2 dia bli gak stu... tq miss.. u look so cute in that dress.. come again... ambik ati sikit... ada gak rezeki bos aku hari isnin ni.. syukurlah...

 Bab 2 - Percutian

ok.aku masuk topik baru..pasal percutian aku.. percutian pertama dalam tahun ni... tempat kat sabah jugak tpi first tym g.. nak taw kat mana?? lahad dato. hehe.. dulu lau nak g kk, lalu lahad dato. xpenah pijak kaki. jalan2..  ada 3 tmpt aku g.. jam 6.30 mcm 2 kami gerak ke lahad datu.. kami(aku,ibu &adik2 aku, macik aku & 2 anak dia also my macik bongsu) naik 2 kereta + 1 kereta lagi kawan macik aku ngan family ea. first destination, menara kayangan- "tower of heaven"

menara kayangan * gambar ihsan google

tiket masuk *ni aku yang tangkap
gambar pertama mang bukan aku yang tangkap.2 gmbr tym perasmian. baru bukak tmpt ni. bulan mac. tempat ni berbayar ok. adult rm 2, kid rm1. before smpi menara ni kena mendaki dulu dlm 10km ke atas bukit ke gunung tah.. daki 2 bukan jalan kaki taw. daki naik kereta. kecuali ko nak mencabar diri sendiri p daki sendiri... jalan dia pendek2 kejap2 selekoh naik bukit. dgr2 dah penah ada kemalangan kat tmpt 2. myvi.. sebenarnya tmpt ni selamat tapi bawakla slow2 bab jalan dia pendek2 n mengejut kena naik. bleh teseliuh tgn tukar gear. dah smpi atas..dah smpi atas kena naik tangga untuk ke menara.. dah smpi menara kena naik tangga lagi untuk smpi ke puncak menara.. aku xingat berapa ketinggian menara 2. adik aku ckp xmencabar. menara 2 rendah.. tpi aku dah gayat ok... bila dah smpi atas sekali leh nmpk view yang wallaaa!! ngan angin yg bertiup lagi.. untungnya tym kami pgi cuaca ok, so view jelas. lau pgi awal pagi.. berkabus.. xnmpk laut... so, aktiviti kami kat atas.. click2, snap2..

view dri atas.. nset xbest so ginilah jdinya..


ibu, syuk & cik niza

3 beradik..

ibu & kembar. akhirnya dapat pujuk ambik gmbr

ibu & anak2 perempuannya.. huh! overnya aku..


jam 10 kami dah turun lek.. perut bekeroncong sbb xbesarapan. mkn makanan ringan dlm kereta mana kenyang.. next destination, darvel bay.. huhu mandi laut lah.. kawasan private. tmpt org snorkel n scuba diving.. jalan masuk ambik masa 20-30 minit. sakit pinggang sbb jalan berlubang2. tapi lau dah smpi tmpt 2.. damn! sawan tgk air laut.. aku dpt tgk anak ikan pari ngan berenang2..ikan2 comel yang becorak2 tu.. air sikit kabut sbb ada kerja2 menggali dkt2 ctu..tapi lau g bahagian pantai.. air dia cantik...cuaca agak panas, so aku pun redha je lau burn. aku nak mandi!!! heeeee ^___^

bekalan makanan untuk 3 hari. antara nasi kuning, rojak buah, ayam goreng garam, smbl lada tuk guru :)

view darvel bay.

lau nak snorkeling kena sewa set google,fin & safety jacket which cost u rm15. pastu bleh la ko g snorkel tgk hidupan dalam laut 2. n aku x ambik chance 2. ibu aku pun xmaw. aku takut burn , takut lemas. oleh itu aku main dkt2 pantai je. hahahaha.. dalam kul 4 mcm 2 kemas2 untuk ke destinasi terakhir.. borneo paradise..ni lagi 1 tmpt yg jalannya mencabar gak..sekali g sakit pinggang. tpi aku penat sgt smpi tidur nganga2. haha. dah smpi bru bgn. so aku telepas la tgk kuda. kuda yg tgk aku. xda gmbr sgt di sini.. lau nak taw p google la ya.. erm.. try tgk eco resort lahad datu. tmpt ni tmpt santai, untuk pemancing2. eh ada ckit picture lah... XD


yang tgh 2 over!


dilarang mandi bersama buaya. :)
 gmbr2 model yang xbebayar.... kul 5 ++ gerak balik ke tawau... dalam kul 7 ++ smpi kat umah macik.. kemas2 barang. then balik rumah. sgt penat.. keesokan harinya kena keja.. penat sgt.. malam 2 aku tidur tanpa mandi terlebih dahulu. tidur mcm mkn ubat tidur. kesimpulan dari percutian ni.. sebelum explore tmpt org, explore tmpt sendiri dulu.. come on la sabah besar ok. byk tmpt hebat g..  wa ckp sama lu!

dear viewer.. i'm sofie afiza yusuf & this is the end of my holiday story.. insyaAllah, akan ada cerita2 baru lagi akan datang. (lau rajin blogging la kan. ;p) just wish me luck for my new job.. harap aku enjoy ngan keja 2...Allah turunkan rezeki seseorg tu ada yang sekali gus ada yang sikit2. Bersyukurlah. :) semoga dipermudah urusan kita hari ini dan hari2 esok. semoga Allah berikan umatNya kesejahteraan hidup di dunia & di akhirat. amin ya Rabb.. :)

okiedokie :)


Terima kasih daun keladi, Jemput datang baca entry saya lagi! XD

Jan 25, 2012

Alam rumahtangga

Seminggu lebih dah aku duduk rumah jadi surirumah sepenuh masa.. eh,maaf masuk xberi salam

Assalamualaikum and happy Wednesday…

Keja duduk rumah, bangun awal pagi, bekemas, basuh baju basuh pinggan mangkuk sudu sudip belanga periuk kuali,memasak, lipat baju dan online. Rutin harian aku sejak seminggu lalu. Baru seminggu.. yay! Aku fedup.. tapi apakan daya ini tanggungjawab aku sementara ibu ayah jaga adik aku yang tengah sakit. Sabar sabar sabar. One day mesti aku akan dapat balasan yang baik untuk ini. Bukan bermaksud aku maw balasan berupa wang emas, harta karun,intan berlian mutiara naga ada 7 biji semuanya. Maksud aku balasan tu mungkin ibu ayah aku kan cepat balik ke rumah & kami kembali hidup bahagia macam dulu. amin.. mungkin aku akan dapat panggilan interview di mana2 & Berjaya dapat keja & dapat ringankan beban ibu ayah aku.. amin.. aku percaya "Allah tidak akan mengambil sesuatu daripadamu tanpa menggantikannya dengan yang lebih baik"

Hurm.. aku sangat rindu ibu. Sekarang aku dah dapat rasa 10% apa yang ibu rasa. Baru 10% okeh sepanjang 23 tahun ibu besarkan aku. Baru sikit aku dah fedup. Ibu aku dah wat suma keja2 umah yang aku ngah wat skrg 24 tahun lamanya sejak kawin ngan putera idaman hatinya. Sapa lagi.. ayah lah. J sebelum ni yang aku taw.. pagi2 aku g keja, petang hari aku balik.. dah ada makanan yang sedap2 tersedia. Sekarang aku plak yang wat semua 2… :'( rindu makanan sedap. Lau aku masak, sudah tentu xsesedap ibu.. tapi ada rasa la jugak makanan aku. Aku paling kecewa semalam. Bila aku Tanya adik2 aku na makan apa? Diorg leh suruh aku xpayah masak… na makan megi.. Huaaaaa… mesti dorg dah boring makanan aku…. Kecewa2.. ibu~~~~~~~~

Kadang2 bengang gak ngan adik2 aku ni.. aku dah semangat na kemas2 rumah supaya rumah ni sentiasa bersih & kemas. Adik2 aku plak ada habit yang sgt membengangkan otak dan minda ini.. bila wat keja sekolah xreti na kemas balik buku2. Bila dah tukar baju xreti letak dalam bakul baju.. arrgghhh tension… bila aku dah bersuara marah2.. diorg leh jawab.. "kak ija.. ta cool lah"… grrrrr~ ni lagi satu hal. Bila aku mintak tolong wat itu ini, mesti na Tanya lu… dimana? macam mana?? Hey kemon la.. we living in the same house.. bukan umah org lain na Tanya lagi letak dimana..macam mana maw buat… adoi… u're sixteen dah tahun ni adik2 ku… membesar sikit! Adik2 lelaki aku ni dah terlalu dimanjakan ibu ayah.. bukan manjakan dari segi kewangan kemewahan. Manja ngan hal ehwal rumah ni. Suma benda of koz ibu yang wat & yah! Skrg aku plak yang wat.. =..=

Macam ni la ragam kami di rumah. Bukan senang na jadi suri rumah. Fedup btul. Kawan aku ada cakap hidup ni susah na duga… yelah kan.. lau kita leh duga.. xsuprise la.. semua org pon na hidup senang bahagia. Tapi kat dunia ni.. orang yang selalu bahagia.. orang gila je. Kena rasa gak hidup susah,rasa sedih barulah rasa tercabar. Jangan cepat mengeluh. Ingat.. mungkin ada orang yang ditimpa musibah yang lagi dahsyat dari kita. mengeluh je ta ubah apa2 pon… dah nama pon manusia, mang kita ta dapat lari dari ditimpa musibah. Jangan Cuma ingat Allah bila susah. Bila dah dapat nikmat kita jadi lalai.. peringatan untuk diri sendiri.

Wat suma keja kat umah bukan teruk sangat pon.. ni pendidikan gak.. pendidikan ekonomi rumah tangga (ERT) yang aku ta belajar time sekolah lu. Aku belajar KMT la.. tukang sini tukang sana… haha gila tough aku.. so nilah alam rumah tangga aku.. jadi ibu kecik kepada 3 anak.. adik2 aku.. weyh kira senang ni bab xda suami.. lau ada suami makin tough tugas aku. Hahahahahahaha. Ciawww….


 

Rindu tegolek2 ngan ibu!


 

p/s : hari ni alin g hospital lagi.. bukak jahitan di tangan… herm…

p/s 2 : adik kembar aku baru balik dri umah kawan.. Tanya dah makan lom.. "dah! Makan bakso..sedaapppppp"… kecewa aku. Penat masak2 tdi!


Terima kasih daun keladi, Jemput datang baca entry saya lagi! XD

Jan 18, 2012

Allah jaga dia, aku sayang dia.

Hari ni dah genap seminggu peristiwa tu..

Aku masih trauma. Bila wat keja dapur memerlukan aku memegang pisau. Aku waswas.

Waktu tu aku kat ofis.. ngah makan bihun goreng restoran Anggun. Baru kul 11 pagi. Ibu tiba2 call aku..ibu nangis. Jantung bagai na tecabut dgr ibu menangis. Ingatkan putus cinta sgt sakit..dgr tangisan ibu lagi menyakitkan. "Za, adikmu kenak tikam.." sambil menangis ibu bgtaw aku. Aku tekejut, sakit dada aku. Airmata pon dah tak tertahan. Aku terus mohon untuk balik. Aku ta taw maw call sapa. Aku call macik aku ajak balik umah. Penting sangat!

sampai di rumah. Ibu menangis sorg2. Adik2 suma sekolah. Tinggal ibu sorang terima berita ni. Aku xtahan melihatnya. Kejap2 call kawan adik na tanya perkembangan. Diorang kata adik xpa..sikit je. Aku xpercaya selagi aku xnampak. Ayah suruh aku dan ibu g KL tgk adik. Xkira la berapa pon harga tiket time 2. Aku ambek flight seterusnya. Kami ditemankan atuk yang risaukan adik gak. Sampai dalam kul 12 kat Hospital Ampang. Adik terbaring lemah di atas katil. Ibu mula menangis lagi. Adik tersedar. Bleh plak dia senyum. Sakit hati aku Nampak dia tanggung sakit. Ibu xmaw balik rumah na jaga adik. Keesokan hari aku plak yang jaga adik. Adik batuk2..susah dia na batuk sebab sakit sgt. Semalaman aku x tdo. Aku pegang tangan adik. Aku bagitaw lau na batuk g tpi tgk kakak telelap tarik tgn kak ija taw. Paling seksa tgk adik aku kelaparan kehausan. Dia xdibenarkan makan. Puasa. Kecederaan melibatkan usus. T lambat sihat. Macam2 tiub ada kat adik aku. Tiub bius, tiub masuk air, tiub buang pendarahan dalam, tiub urine. Aku suruh adik aku tahan. Aku xdpt wat papa untuk adik aku. Aku kerap ke tandas bukan untuk buang air. aku ta tahan na nangis. Aku ta na dia nmpk.


Aku bergilir2 menjaga adik. Ibu tunggu dkt katil adik, aku tggu kat bilik tv. T ibu masuk ke bilik tv aku plak ganti jaga adik aku. Adik aku xtdo lena. Jap2 doktor & nurse datang periksa. Paling ta tahan tiap pagi doktor datang na ambek darah. Sebab urat adik kecik wat doktor cucuk dia banyak kali. Aku macam na tolak n marah2 kat doktor 2. Aku rasa nak cucuk balik kat doktor tu na bagi dia rasa sakitnya. Tapi aku kena faham dia tgh jalankan tugasnya.


Pakcik aku kata ayah kena datang. Hal ni serius. Aku cakap kat ibu, biar aku balik jaga adik. Xsangka tiket aku first flight kul 7 pagi. Aku nangis marah2. Aku xmaw balik awal sgt. Aku na spend masa ngan adik aku. Ibu suh aku bersabar. Aku xdpt tahan airmata aku dpn adik. Adik pon cakap.. "if you cry, I'll cry". Family aku sedaya upaya na sedapkan hati aku. Diorg bawak aku g makan McD.. airmata aku tetap jatuh. Lau aku bli Mcflurry time 2, mesti aku dah baling sekuat hati dari jejantas dpn hospital 2. Lau ada yang eksiden pon xpa. Hospital dekat je. Herm.


Sekarang aku dah kat umah. Aku dah present kat sv faculty aku kemarin. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Adik aku pon dah discharge semalam. Kebetulan ayah pon fly g KL smlm. Xyah g hospital la gtu. Direct g umah pakcik aku kat Kem Kementah. Alhamdulillah. Tapi ibu kata adik aku tetap ada byk appointment. Dengan kes ta settle g. Sebutan kes pon lambat g, 21Feb. kenalah dok lama kat sana. Aku kan tetap sabar menunggu adik aku balik ke rumah. Sokongan kakak xkan ada akhirnya. Untuk semua adik kakak.


kak ija, ijam, iwan, syukri sayang kak ilin. Cepat2 sembuh,cepat balik ya.

We Love you so much.


p/s: Sejak hari 2 ibu tiada selera makan. Ibu kena jaga kesihatan taw. Ta na ibu sakit plak. T_T.

p/s 2: mengarutlah berita kat paper 2, lau pasif bermaksud ta kan mencederakan. @#$%^&(*

p/s 3: akulah suri rumah berjaya. bangun 4.30 pagi okeh.


Terima kasih daun keladi, Jemput datang baca entry saya lagi! XD

Jan 5, 2012

Yang berakhir. Dah berakhir.

Assalamualaikum

Awak.. kenapa awak cari saya ni? Napa mesej saya? Napa call saya? Saya xkan balas. Saya xkan angkat pon panggilan awak..jangan bazir kredit.

Awak.. saya sihat. Praktikal okeh. Saya hidup bahagia ngan family saya.. sangat bahagia daripada ngan awak dulu.

Awak.. kan saya dah xbalas msj mahupun angkat panggilan dari awak. Tapi awak mesej plak kat FB saya.. saya xkan balas gak lah.

Awak.. ibu ayah & kawan xbagi pon saya berhubung lagi dengan awak. saya pon xnak. Saya xkan kecewakan diorg.

Awak.. saya dah xnak ada kena mengena lagi dengan awak. Saya xnak kawan ngan awak. Lau ada hubungan ngan awak pon.. Cuma saudara seIslam.

Awak.. janganlah tanya kenapa saya xnak kawan awak. Awak tahu sebabnya. Saya xkan sentuh kaca sebab saya tahu ia boleh melukakan.

Awak.. hiduplah ngan cara yang awak pilih dulu. saya pon dah ada hidup sendiri.

Awak.. saya senang hati dah lupakan awak. macam keluarkan duri dalam daging. Sakit. Tapi bila dah keluarkan.. hilang sakit tu. Tapi bekasnya masih ada.

Yang berakhir.. dah berakhir.. xkan nak ulang tayang macam drama kat tv. Kan? Saya dah ada cerita baru.. tapi awak x ada dalam cerita tu.. J

Itu je. Kbai.


 

Yang Benar,

Sufiyafiza anak Yusuf SESB. Hehe.

p/s : Selamat tahun baru. Tahun 2012.

p/s ganda dua : Azam xda lagi. Ngah countdown abis praktikal. Pas2 baru ada azam ^^V.


Terima kasih daun keladi, Jemput datang baca entry saya lagi! XD