Aku punya rindu, dan rindu ini buatmu.
Namun rinduku tak ku luah.
Andai kau membaca ini, maka rinduku tersampaikan.
Argggh! Apa semua ini??
Sudah! Rindu ini bukan kau punya!
Aku mahu simpan! Biar aku dan Allah saja yang tahu.
Aku punya rindu, dan rindu ini buatmu.
Namun rinduku tak ku luah.
Andai kau membaca ini, maka rinduku tersampaikan.
Argggh! Apa semua ini??
Sudah! Rindu ini bukan kau punya!
Aku mahu simpan! Biar aku dan Allah saja yang tahu.
Setiap kali aku fikir hal yang sama.
Setiap kali juga tiada jawapannya.
Mana silapnya sampai aku harus lalui ini
Aku tak layak kah untuk merasa sama gembira?
Mereka menjadi pentingkan diri
Aku menjadi terlalu bodoh
Sentiasa bodoh
Bila nak pandai?
Astagfirullah..
Hatiku sakit xterkata..
Sakit kah?
Atau marah?
Aku gadis yang berduka.. solehahku jugak tidak pasti.Namun aku tidak akan lupa padaNya
Kedukaanku cuma sementara. Suatu hari pasti kan tiba bahagia.
Sabarlah menanti harinya..
Ya Allah..
Sesungguhnya aku berpegang dengan janjiMu
Bahawa Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Sedangkan diriku ini tidak baik, bagaimana aku harus impikan lelaki yang baik.
Aku takut jika suatu hari aku persembahkan lelaki kepada ibubapaku,
Dalam keadaanku yang masih kurang mantap cinta kepadaMu.. pastinya lelaki itu juga sama.
Kerana aku pasti dengan janjiMu Ya Allah…
Aku masih berusaha dan tetap mengejar janjiMu..
Saat hatiku terpaut pada lelaki yang mantap cintanya padaMu,
Aku kan berpaling darinya hingga cintaku padaMu juga setanding dirinya.
Kerana aku ingat janjiMu.
Cinta,sayang,kasih kepada lelaki biarku simpan.
Yang penting cinta,sayang,kasih padaMu aku buktikan.
p/s: ni bukan puisi,syair atau sebagainya.. Cuma kata yang tak terluah.