Dec 2, 2011

7 bulan telah ku tinggalkan dirimu.

7 bulan sudah rupanya.
tidak ku sedari. aku telah pergi 7 bulan lamanya.
kejamnya diriku. penting diri. tinggalkan dirimu tanpa kata.
kenapa baru skrg baru aku sedari?
kenapa?
kerana diriku dilanda sepi.
padanmuka!

dramatik sungguh ayatku. blog. aku kembali membuat contengan di halamanmu. aku biarkan dirimu sepi seperti tak bertuan. aku biarkan tiada seorang dapat menemuimu. kau sunyi. jadi tak berfungsi. maaf.

aku kembali hanya bila aku mahu. cukup untuk menerangkan diriku yang tidak setia. pang! pang! tamparan darimu buatku!

aku saring, aku tapis ayat2ku...kerana aku tak mahu mendedahkan seluruh isihatiku...aku mahu berahsia.

kali ini biar yang indah ku berikan padamu. persetan kisah sedih yang tak sudah. lupakan semua. kita lupakan. kita berhidup dengan cerita baru yang lebih gembira. insyaAllah.

7 bulan yang lalu aku berada di sana. bumi pahang darul makmur.
kini ku kembali ke tempat kelahiranku. memulakan latihan industri 6 bulan lamanya. mengenal kehidupan orang bekerja. siksa.

latihan masih bersisa sebulan lebih.....(terberenti seketika akibat gegaran gempa bumi..)

.
.
.

wuuuu....seramnya gempa bumi jap tdi.. kuat tol gegaran dri tingkat 4 ni....rasa nk jerit lari2 tdi...cover lek...

ok sambung.. latihan abis bulan dpn...nak dramatik lagi tahun dpn... januari 2012.. punya lama.. xsabar rasa habis LI kat cni. xtahan aku ngan kerenah org2 kat cni. fullstop.

kawan2 LI hari ni dah abis latihan.. tinggallah aku sorang menjadi hamba abdi sang Ali.. T_T

apapun aku wish all the best untuk mereka! :D

need to stop. akan sambung lagi nanti. InsyaAllah :D

assalamualaikum
Terima kasih daun keladi, Jemput datang baca entry saya lagi! XD

No comments: