Dec 6, 2011

Ku titip doa buat mereka :’)

Tiada hubungan seindah persahabatan..

Di mana saja bumi ku pijak , Kau sentiasa berikan ku persahabatan baru.

Semakin lebar dan panjang dunia ku jelajahi, semakin luas juga dunia persahabatan telah ku tempuhi..

Syukran Ya Allah.. Kau temukan ku dengan insan- insan yang istimewa dan tiada nilainya..

Ya Allah, kerana-Mu kami bertemu dan kerana-Mu kami berpisah..

Aku redha.. lindungilah mereka dari kesihatan yang memudaratkan dan jauhkanlah hati mereka dari kejahatan..

Dan jika mereka jatuh cinta, izinkanlah mereka menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu..