Mar 10, 2009

SAYA SAYANG LELAKI INI....

lelaki ni telah ditakdirkan buat tengku sejak tengku dilahirkan.. telah tertulis di dalam buku milik lelaki ni bahawa tengku akan menjadi miliknya..

sebaik sahaja tengku dilahirkan, lelaki ni mengalunkan iqamahnya ke telinga kanan tengku.. lelaki ini gembira menyambut kelahiran puteri sulungnya,menamakan puterinya ngan nama yang baik dan sedap.


beliau dilahirkan pada 18021965 di hospital besar Tawau,sabah..sebaik kelahirannya dia diserahkan kepada keluarga angkat demi memenuhi janji keluarga. beliau dibesarkan dengan kasih sayang dari keluarga angkat tanpa mengenal siapa ahli keluarga kandungnya, tanpa mengetahui kebenaran bahawa beliau cuma anak angkat. kasih sayang yang diberikan oleh ibu angkat melimpah - limpah mengelirukan beliau tentang statusnya. disiplin dan ketegasan telah tertanam dalam dirinya hasil didikan ayah angkatnya..

setelah menjangkau usia remaja, beliau dirasakan harus mengetahui perkara sebenarnya. kemudian beliau diberitahu akan kebenarannya. hancur hatinya... kemarahan terhadap keluarga kandung sendiri menguasai diri. beliau tidak ingin pergi ke rumah ibu yang telah melahirkannya. sehingga beberapa ketika hatinya berlembut. akhirnya, kakinya memijak tangga rumah keluarga kandungnya. berkenalan dengan saudara kandung yang baru diketahuinya. hatinya terdetik.. "kenapa hanya dia yang diberikan kepada orang lain?".. "kenapa tidak menjadi perkara yang sama kepada abang2 atau adik2nya?"
namun kemarahan telah luntur, kasih sayang kepada keluarga kandung disemaikan.
namun demikian ibu angkat yang amat menyayanginya xpernah dilupakan. beliau masih duduk bersama ibu angkatnya itu.

setelah habis persekolahan, berbekalkan keputusan SPM yang tidak seberapa beliau mencuba nasib mencari pekerjaan. Alhamdulillah, beliau berjaya mendapat pekerjaan di sebuah syarikat bekalan elektrik. beliau cuma berjalan kaki melakukan kerjanya. di bawah terik matahari, beliau mengira secara manual jumlah elektrik yang telah digunakan( dulu xda kalkulator) dan menghantar bil2 elektrik dari rumah ke rumah. pelbagai dugaan dihadapi, namun beliau masih tabah melakukan kerjanya. ekonomi telah stabil, melalui berjaya memiliki sebuah motor untuk memudahkan pekerjaannya. ketika ayah angkatnya meninggal, arwah meninggalkan harta untuk isteri dan anak2nya termasuk beliau. tetapi beliau menolak, kerana merasakan beliau tidak layak menerima harta sedangkan dia cuma anak angkat. keegoan juga mendorong kepada keputusannya itu. dia merasakan dia boleh memiliki harta sendiri untuk membina keluarga.

pada 03091988 beliau berkahwin dengan cinta hatinya sejak dari zaman persekolahan. kebahagiaan melimpah. hasil perkahwinan ini,pada 07071989 beliau mendapat tengku, puteri sulungnya. tengku adalah miliknya. kemudian 29091992, sekali lagi beliau mendapat puteri kedua. pada 11111996 pula beliau dikurniakan sepasang ank kembar lelaki. dan terakhir sekali pada 13092002 anak bongsu beliau dilahirkan. kesemuanya ada 5 orang.

beliau sangat prihatin tentang anak2 beliau, sangat mendisiplinkan anak2.. sayang dan cinta sangat kepada isteri beliau... tidak ada sikit pun kurangnya kasih sayang darinya kepada keluarga yang tercinta..


tengku sayangkan lelaki ini..
sayang sangat..
SAYA SAYANG AYAH SAYA!!!
- S E K I A N -
wassalam
p/s: sayangi ayah kita

Terima kasih daun keladi, Jemput datang baca entry saya lagi! XD

No comments: