Jul 19, 2009

surat cinta buat seorang hawa

Cemburu kulihat Sang Pungguk memadu rindu dengan Sang Bulan
Cemburu kulihat Sang Helang terbang berdua-duaan
Cemburu jua aku pada Si Belangkas yang hidup berkasih sayang
Tapi aku, terus kepiluan.
Hawa yang tercipta untuk kaumku bukan lagi Hawa yang dulu

Kuterbang bebas dalam duniaku
Ibarat Sang Helang yang gagah melebar sayap di ufuk timur,berani.....
Kuibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini
Lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki
Kuterbang setinggi - tingginya meredah awan tanpa ada tembok yang membataskan,tanpa ada dinding yang menghalang
Tatkala sesekali,bayu kencang menerjah,kuterbang rendah

Hawa...
bukan kutewas dengan bayu nan kencang
Biarpun aku umpama helang yang gagah perkasa dan raja udara yang unggul di awanan
Namun andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat
kutidak mampu menongkah ribut yang menggila mengikut haluanku...
Berat untukku menghadapinya dengan sayap kanan cuma
Kau tahu Hawa,aku jadi derita....

Hawa.....
Kuteruskan jua perjalanan dengan ketabahan
Ku bawamu bersama dalam kepayahan
Kau memarahiku kerana egoku
Kau leteri semahumu
Tapa kau dengar kalamku
Andainya hilang ego lelaki,maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan, kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan

Namun tatkala egoku menjadi egoisme, maka di situ aku perlukan teguran
Terbang di langit tanpa batasan,sering kuterbabas,hilang arah dan panduan
Kuharapkan kritikan serta pesanan berpanjanganan,agar kutetap terbang di awanan
menjadi jaguh helang terbilang.Tapi tafakur ku sejenak di pepohonan...

Hawa...
kau diciptakan indah,bukan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya,tapi daripada rusukku,dekat dengan dadaku untuk dilindungi dekat pula dengan hati untuk disayangi dan dicintai

Hawa....
Dulu,kuperlukan mu sebagai teman berbudi
Menemani tugas beratku sebagai khalifah di buka bumi
Kaulah cerminku yang sentiasa memuhasabah diri
Tapi kini keindahanmu yang sering kupuja ,kau salah erti
kau tampil menghiburkan dunia dengan susuk tubuh yang menggiurkan

Kaumku kekaburan,matanya bertelanjang,hatinya lemas ditelan keasyikan..
Ah, memang kaumku suka mengambil kesempatan!
Tapi kenapa kau jual dirimu bak barang pameran?
Dimana hilang malumu yang menjadi hias pakaianmu?

Tidakkah kau tahu,tubuh montokmu jadi hidangan enak buat mata
tetapi racun pada jiwa
Aku bisa terhumban ke neraka kerananya
Kau gunakan keistimewaanmu untuk menggoda
Air matamu untuk menipu daya dan panahan matamu untuk melemahkan iman

Oh, Hawa.....
Aku rindukan Hawa yang dulu
Malu,terjaga,terpelihara...

Hawa....
kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok,perlu hati-hati untukku luruskan
Lantaran itu,kudatang bukan untuk menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki...
bukan juga mengugut dengan parah berbisa....
Tapi supaya direnung bersama.Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri

Dengarkan bisikan kasihku,sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu - sesuci Mariam, seteguh Asiah, setulus Khadijah,setabah Fatimah....

Hawa...
Namamu indah,biarpun di mana,di segenap jiwa
Kaulah ibu,terukir kasih di paparan dada
Kaulah kekasih,dirindui saban ketika
Kaulah puteri,pengubat duka,penyejuk mata
Kaulah adik pemberi semangat paling berguna
Kaulah mukminah,terukir indah di setiap dada

Ketahuilah Hawa,
Kau kupuja...
Kerana dari rahimmu melahirkan kaumku yang berhati waja
Kerana ayunan lembut tanganmu membesarkanku dengan terjaga
Kerana kewanitaanmu teman hidup tempat cintaku berbicara
Kerana kaulah ladang tanama,taman nafsuku yang bergelora
Kerana kau adalah hisan,paling indah dari dunia seisinya

Maka, kudatang padamu Hawa...
Membawa ubat dengan penuh cinta
ubatilah dirimu...
Agar kudapat terbang menguasai angkasa dan alam
Dengan kedua-dua sayapku yang kuat dan mantap
Agar bukan sahaja kudapat menongkah angin nan kencang
Bahkan sayapku kiar penuh bangga
Mencipta angin..
-ADAM

tatkala tengku sedang menaip sajak yang tengku ambik dri sebuah buku motivasi diri ini,hati tengku menangis memikirkan kejadian diri...mengakui kerapuhan diri ini.....semoga semua kaum Hawa di dunia mampu menjaga diri dan maruah sebaiknya....

;p

Terima kasih daun keladi, Jemput datang baca entry saya lagi! XD

No comments: